Kelas E-Learning (Kuiz Matematik)

4 November 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 3 November 2023, Jumaat, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah menganjurkan Kelas E-Learning (Kuiz Matematik) yang bermula dari pukul 2:30 petang sehingga 4:00 petang bertempat di PEDi Rantau Panjang. Aktiviti tersebut telah disertai oleh 12 orang ahli PEDi yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Antara pengisian aktiviti tersebut adalah para pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan 1 & kumpulan 2.

Peserta diminta untuk menjawab soalan kuiz matematik operasi tambah, tolak, darab dan bahagi dengan jawapan huruf silang kata dalam halaman sesawang wordwall.com. Kelas ini juga adalah bertujuan meningkatkan ilmu ICT mereka serta meningkatkan tahap konsentrasi mereka. Diharapkan dengan aktiviti ini dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan komuniti setempat dan boleh memberi manfaat kepada komuniti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali