Kelas Softskills – Shell Pairs

5 Mac 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 4 Mac 2024, Isnin, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah menganjurkan Kelas Softskills – Shell Pairs yang bermula dari pukul 9:00 pagi sehingga 10:00 pagi di PEDi Rantau Panjang. Aktiviti tersebut telah disertai oleh 5 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah.

Antara pengisian aktiviti tersebut adalah para pelajar diminta untuk mencari padanan cangkerang yang sama dan betul di laman sesawang UpToten.com sebagai medium pembelajaran. Tujuan aktiviti ini adalah untuk melatih fokus dan daya ingatan para peserta untuk menghafal sesuatu benda dalam masa yang singkat. Semua peserta telah diberikan kupon bermain komputer selama 30 minit secara percuma dengan tujuan memberi semangat kepada mereka untuk menyertai kelas yang bakal dianjurkan di PEDi Rantau Panjang pada masa yang akan datang.

Diharapkan dengan aktiviti ini dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan komuniti setempat dan boleh memberi manfaat kepada komuniti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

kembali