Kelas Asas ICT – Latihan Menaip

9 Mac 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Mac 2024, Jumaat, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDi) Rantau Panjang telah menganjurkan Kelas Asas ICT – Latihan Menaip yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 3:00 petang di NaDi Rantau Panjang. Aktiviti tersebut telah disertai oleh 4 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah.

Antara pengisian aktiviti tersebut adalah para pelajar diminta untuk menaip di satu laman sesawang yang menguji kecekapan menaip. Peserta diminta untuk menaip dengan pantas tanpa kesalahan. Mereka diberi masa 30 minit dalam latihan menaip. Selesai Sahaja selama 30 minit, peserta telah diuji oleh pelatih dan memperlihat Keputusan mereka di dalam laman sesawang tersebut. Kelas ini sangat bermanfaat kepada peserta dalam mempraktikkan kemahiran menaip menggunakan komputer.

Diharapkan dengan aktiviti ini dapat memupuk kemahiran komputer dalam kalangan komuniti setempat dan boleh memberi manfaat kepada komuniti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

kembali