NADI Awareness - Taklimat SHIELD: Pembelian Atas Talian

20 Ogos 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Ogos 2025, Selasa, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang telah mengendalikan Taklimat NADI Awareness - SHIELD: Pembelian dalam Talian yang bermula dari pukul 4:00 petang sehingga 5:00 petang. Webinar tersebut dijalankan di NADI Rantau Panjang.

Antara pengisian program tersebut adalah pengenalan kepada penipuan pembelian atas talian. Dimana peserta diberi pendedahan mengenali penipuan dalam membeli barangan secara atas talian. Antara topik yang dibincangkan adalah cara melindungi diri daripada tertipu kepada penjual dengan berhati hati memilih kedai atas talian yang mencurigakan dan memberi pendedahan bagaimana mengenali kedai atas talian itu tidak berbahaya kepada pengguna. Pada akhir sesi, para peserta diberi kuiz untuk menguji pemahaman tentang taklimat yang diberikan.

Semoga peserta komuniti boleh mengadaptasikan pelajaran yang telah diterangkan bagi mengelakkan penyalahgunaan Internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali