Kelas NADI Mahir Pertanian Pintar Minggu 12

24 April 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 23 April 2025 (Rabu) dan 26 April 2025 (Ahad), Kelas NADI Mahir Pertanian Pintar bagi Minggu ke 12 telah dijalankan secara atas talian yang bermula dari pukul 9:30 pagi sehingga 10:30 pagi untuk kelas pada hari Rabu dan pukul 11:00 pagi sehingga 12.00 tengahari untuk kelas pada hari Ahad. Program tersebut telah dihadiri oleh dua orang peserta pada hari Rabu dan seorang pada hari Ahad. Kelas ini dijalankan oleh pihak NADI Mahir Pertanian Pintar sendiri.

Pada minggu ke 12, peserta NADI Mahir Pertanian Pintar telah membuat ulangkaji tentang Pengenalan Asas Tanaman. Antaranya ialah mempelajari definisi fertigasi, kelebihan dan kekurangan fertigasi, persediaan media sebelum menanam, komposisi tanah, tekstur tanah dan simptom kekurangan nutrien pada tanaman.

Program ini sangat bermanfaat kepada komuniti yang sememangnya berminat dengan pertanian berteknologi bagi memudahkan penanaman sayuran dengan terancang. Semoga semua peserta dapat mengadaptasikan pelajaran yang disampaikan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali