NADI x Nurture DILEA (Live Class English Subject)

26 April 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 25 April 2025, Jumaat, Live Class Bahasa Inggeris (Sesi 2 – Tingkatan 4) telah berlangsung di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang bermula daripada pukul 3:30 petang sehingga 4:30 petang dan telah dihadiri oleh seorang pelajar sekolah menengah. Google Meet telah digunakan sebagai platform penyampaian kelas tersebut.

Live Class Bahasa Inggeris (Sesi 2 – Tingkatan 4) ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran memahami frasa dan tatabahasa. Selain itu, dapat meningkatkan kefahaman bacaan pelajar dengan memahami isi penting daripada teks dengan lebih berkesan melalui pendekatan yang berstruktur. Akhir sekali, dapat mengasah kemahiran analisi dan pemikiran pelajar supaya lebih peka terhadap struktur teks dan idea melalui proses menyoal dan menyusun maklumat.

Semoga pelajar dapat memahami dengan lebih baik selepas menghadiri Live Class Bahasa Inggeris.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali