Webinar Keselamatan Siber Untuk Wanita

26 April 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 25 April 2025, Jumaat, tiga (3) orang peserta wanita dari Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang telah menghadiri webinar Keselamtan Siber untuk Wanita secara dalam talian yang bermula dari pukul 3:30 petang sehingga 5:00 petang. Webinar tersebut dijalankan di NADI Rantau Panjang dan menggunakan Zoom Meeting sebgai medium webinar tersebut.

Antara pengisian program tersebut adalah definisi keselamatan siber dan kerjaya keselamatan siber untuk wanita. Para peserta juga dikenali dengan terma white hat hacker yang bermaksud indicidu yang menggunakan kemahiran mereka untuk membantu syarikat untuk mengesan dan membaiki masalah keselamatan dalam sistem komputer mereka.

Semoga dengan adanya webinar keselamatan siber untuk wanita ini dapat memupuk minat para peserta untuk menceburi bidang ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali