Kelas NADI Mahir Pertanian Pintar Minggu 13

1 Mei 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 30 April 2025 (Rabu) dan 4 Mei 2025 (Ahad), Kelas NADI Mahir Pertanian Pintar bagi Minggu ke 13 telah dijalankan secara atas talian yang bermula dari pukul 9:30 pagi sehingga 10:30 pagi untuk kelas pada hari Rabu dan pukul 11:00 pagi sehingga 12.00 tengahari untuk kelas pada hari Ahad. Program tersebut telah dihadiri oleh dua orang peserta pada hari Rabu dan seorang pada hari Ahad. Kelas ini dijalankan oleh pihak NADI Mahir Pertanian Pintar sendiri.

Pada minggu ke 13, peserta NADI Mahir Pertanian Pintar telah mempelajari tentang pemasangan Smart Watering Device (apps) di sekitar tanaman. Tujuannya adalah untuk memudahkan kerja menyiram tanaman dengan menggunakan teknologi iaitu aplikasi yang telah dimuat turun daripada telefon bimbit.

Program ini sangat bermanfaat kepada komuniti yang sememangnya berminat dengan pertanian berteknologi bagi memudahkan penanaman sayuran dengan terancang. Semoga semua peserta dapat mengadaptasikan pelajaran yang disampaikan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali