NADI Awareness - Taklimat SHIELD: Perisian Berbahaya

24 Julai 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 25 July 2025, Rabu, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang telah mengendalikan Taklimat NADI Awareness - SHIELD: Perisian Berbahaya yang bermula dari pukul 4:00 petang sehingga 5:00 petang. Webinar tersebut dijalankan di NADI Rantau Panjang.

Antara pengisian program tersebut adalah pengenalan kepada perisian berbahaya. Dimana peserta diberi pendedahan mengenali perisian yang berisiko kepada pengguna. Antara topik yang dibincangkan adalah cara melindungi diri daripada terdedah kepada perisian berbahaya dengan menggunakan mengelak mengisi maklumat peribadi di dalam aplikasi atau perisian yang mencurigakan dan memberi pendedahan bagaimana mengenali perisian itu berbahaya kepada pengguna. Pada akhir sesi, para peserta diberi kuiz untuk menguji pemahaman tentang taklimat yang diberikan.

Semoga peserta komuniti boleh mengadaptasikan pelajaran yang telah diterangkan bagi mengelakkan penyalahgunaan Internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali