Taklimat Program NADI x Cybersecurity: Capture the Flag

11 Januari 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Januari 2025, Jumaat, petugas Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang telah menyertai Taklimat Program NADI x Cybersecurity: Capture the Flag yang bermula daripada pukul 10:00 pagi sehingga 10:30 pagi. Taklimat tersebut telah dijalankan secara atas talian dan telah dihadiri oleh semua petugas NADI dari negeri Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Taklimat ini telah disampaikan oleh Encik Amirul Nazri yang merupakan Penyelaras Cybersecurity. Objektif taklimat ini diadakan bersama dengan petugas NADI adalah untuk memberi gambaran tentang program keselamatan siber iaitu Capture The Flag (CTF). CTF ini merupakan satu acara atau pertandingan seperti menggodam (hacking) dengan menyelesaikan masalah dan soalan yang berkaitan dengan IT dan keselamatan siber.

NADI x Cybersecurity merupakan satu program latihan keselamatan siber yang menggabungkan pembelajaran intensif dan pertandingan Capture The Flag (CTF). Program ini akan berlangsung selama enam (6) bulan dengan komitmen penuh dari peserta untuk menghadiri setiap sesi pembelajaran dan pertandingan.

Semoga program ini mendapat sambutan yang baik dari komuniti untuk mempelajari ilmu keselamatan siber.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali