Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS)

13 Januari 2025 | Aktiviti Terkini

Bermula 5 Januari 2025 (Ahad) sehingga 12 Januari 2025 (Ahad), petugas Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang telah membantu seramai 20 orang komuniti setempat untuk memohon bantuan kewangan daripada kerajaan Sarawak iaitu Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) kepada anak Sarawak.

Bantuan kewangan ini disalurkan kepada golongan berpendapatan rendah melalui baucar digital yang boleh diakses melalui aplikasi S Pay Global (e-dompet) untuk pembelian barangan makanan asas. Nilai bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) adalah di antara RM250 hingga RM800 bergantung kepada kategori penerima yang telah diluluskan.

Semoga dengan adanya NADI di kawasan pedalaman ini dapat membantu komuniti setempat sebagai pusat menyalurkan maklumat inisiatif kerajaan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali