Kelas Kesedaran E-Sukan – Podcast NADI Malaysia Episod 8 – Dari Pemain ke Pengurus: Membangun Kerjaya dalam E-Sukan

21 Mac 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Mac 2025, Khamis, Kelas Kesedaran E-sukan – Podcast NADI Malaysia Episod 8 – Dari Pemain ke Pengurus: Membangun Kerjaya dalam E-Sukan telah diadakan secara atas talian yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 3:00 petang. Program tersebut telah dihadiri oleh dua orang peserta dan dijalankan oleh pihak NADI E-sukan sendiri.

Dalam episod ini, kita akan mendalami perjalanan seorang pemain e-sukan yang berkembang menjadi pengurus dan jurulatih profesional. Beberapa topik menarik yang dibincangkan iaitu langkah awal membina kerjaya dalam e-sukan, kemahiran penting untuk berjaya dalam industri ini, peluang kerjaya lain dalam ekosistem e-sukan, peranan Todak Academy dalam melahirkan bakat e-sukan, nasihat dan pandangan tentang masa depan industri ini.

Semoga komuniti dapat mengadaptasikan pelajaran ini dalam kehidupan dan membangun kerjaya dalam e-sukan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali