Bazaar Raya NADI 2025

23 Mac 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Mac 2025, Sabtu, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang telah mengadakan program Bazaar Raya NADI yang bermula dari pukul 9:00 pagi sehingga 4:00 petang. Program tersebut dijalankan di NADI Rantau Panjang.

Program Bazaar Raya NADI telah disertai sebanyak 8 orang usahawan bejualan di NADI. Antara usahawan NADI tersebut ialah Produk Madu Kelulut oleh Puan Maureen, jualan pakaian oleh Puan Demah, Kraftangan oleh Cik Daisy, Aiskrim Malaysia oleh Puan Nonie, Kuih Muih oleh Puan Jashima, Penyaram oleh Puan Demun dan Usahawan Cilik NADI oleh Adik Jessneyna turut meriahkan program ini. Terdapat 55 pengujung telah datang turut meriahkan program Bazaar Raya NADI. Para usahawan juga turut menyertai webinar keusahawanan yang disediakan oleh NADI Nurture pada hari tersebut.

Program ini sambut baik oleh komuniti. Semoga program seperti ini sentiasa ada setiap tahun bagi memberi komuniti lebih rapat lagi mengenali NADI di kawasan mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali