NADI Nurture DILEA Program Khas Webinar Berkala Bahasa Melayu
23 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniPada 22 Mac 2025, Sabtu, Program Khas Webinar Berkala Bahasa Melayu telah berlangsung di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang bermula daripada pukul 2:00 petang sehingga 4:00 petang dan telah dihadiri oleh dua (2) orang pelajar sekolah menengah. Google Meet telah digunakan sebagai platform penyampaian kelas tersebut.
Program Khas Webinar Berkala Bahasa Melayu ini sesuai untuk pelajar Tingkatan 4 dan pelajar Tingkatan 5 dan bagi edisi pertama webinar pada kali ini lebih tertumpu kepada pembelajaran tatabahasa, pemahaman dan rumusan. Webinar ini telah disampaikan oleh Cikgu Hasrah yang telah mempunyai lebih dua puluh (20) tahun mengajar sehingga kini.
Semoga Adik Macdeminlina dan Adik Aleya dapat menjawab soalan Bahasa Melayu dengan lebih mudah selepas menghadiri program khas webinar berkala ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: