NADI X Awareness Shield : Buli Siber

15 Oktober 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Oktober 2025, Selasa, Taklimat Kesedaran Internet Selamat : Buli Siber telah diadakan secara atas talian yang bermula dari pukul 4:00 petang sehingga 5:00 petang. Program tersebut telah dihadiri oleh 3 orang peserta pelajar sekolah menengah pihak NADI SSO NERA.

Perisian program ini adalah bagi mendedahkan kepada peserta tentang buli siber. Buli siber adalah berunsur kata kata kebencian dan ancaman yang di tinggalkan di platform media sosial. Peserta telah diterangkan contoh contoh buli siber yang ada di atas talian seperti menghantar mesej atau komen yang menyakitkan hati, menularkan maklumat peribadi tanpa kebenaran, menyamar sebagai orang lain untuk menipu mangsa, serta berkongsi gambar atau video yang memalukan tentang seseorang tanpa persetujuan. Kesan buli siber yang paling membimbangkan ialah risiko bunuh diri. Selain itu, buli siber juga boleh mengakibatkan implikasi negatif lain seperti tekanan emosi, kemurungan, kebimbangan, dan rasa rendah diri. Peserta juga diterangkan cara cara untuk mengelakkan dari buli siber.

Semoga komuniti dapat mengadaptasikan pelajaran ini dalam kehidupan dalam mengerja kerjaya digital dan Esukan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali