Kempen Internet Selamat @ SJK © Hang Kwong
16 Oktober 2025 | Aktiviti TerkiniPada 15 Oktober 2025, Rabu, NADI Rantau Panjang telah melaksanakan Program Kempen Internet Selamat (KIS) bertempat di SJK © Hang Kwong, Sibu, Sarawak pada pukul 8.00 pagi sehingga 10.00 pagi. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran serta kefahaman murid tentang keselamatan dalam talian, ancaman-ancaman yang terdapat di internet dan langkah-langkah untuk melayari internet dengan selamat. Setiap peserta memberikan kerjasama dan respon yang baik semasa aktiviti berlangsung.
Objektif Program:
- Membina asas kefahaman murid tentang penggunaan internet secara selamat dan kesedaran tentang had umur dalam penggunaan media social.
- Mengajar tiga peraturan Internet: Menjaga kerahsiaan diri, serta mengenali dan melaporkan kandungan tidak selamat.
- Menumpukan kepada pembentukan tabiat digital yang sihat, serta pemahaman hak dan tanggungjawab dalam talian
Tahap penglibatan peserta adalah sangat memuaskan kerana hampir keseluruhan murid terlibat secara aktif dalam setiap aktiviti yang dianjurkan. Berdasarkan maklum balas yang diperoleh, majoriti peserta menunjukkan kesedaran yang lebih tinggi terhadap kepentingan menjaga privasi akaun media sosial serta meningkatkan sikap berhati-hati ketika menggunakan internet.
Selain itu, peserta juga berjaya memahami langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan penipuan dalam talian. Secara keseluruhannya, kempen ini berjaya mencapai objektifnya dalam menyampaikan mesej penggunaan internet secara selamat, beretika, dan berhemah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: