Seminar Kebaikan Teknologi AI Terhadap Murid Sekolah (Chatgpt, Gemini AI & AIFA Chatbot MCMC)
24 Oktober 2025 | Aktiviti TerkiniPada 22 Oktober 2025, Rabu, NADI Rantau Panjang telah dijemput mengadakan Seminar Kebaikan Teknologi AI Terhadap Murid Sekolah di Makmal Komputer SK Rantau Panjang yang bermula dari pukul 7.30 pagi sehingga 11.30 pagi. Seminar ini dihadiri semua 60 orang pelajar tahap 1 dan 60 orang pelajar tahap 2. Seminar ini juga dianjurkan oleh pihak Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, NADI Rantau Panjang dan NADI Kampung Jeriah.
Matlamat:
- Memperkenalkan konsep dan aplikasi AI kepada pelajar.
- Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam menggunakan teknologi AI untuk meningkatkan keberkesanan pembelajaran.
Objektif:
- Memberi pengetahuan asas mengenai AI dan aplikasinya dalam pendidikan.
- Melatih pelajar dalam penggunaan alat dan perisian AI yang relevan.
- Menggalakkan penerapan teknologi AI dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
- Membangunkan strategi untuk integrasi AI dalam kurikulum.
Adalah diharapkan bengkel ini dapat membuka minda dan memberi inspirasi kepada pelajar untuk memanfaatkan teknologi AI dalam proses pembelajaran. Terima kasih kepada semua pihak Sekolah diatas jemputan dan kerjasama bersama pihak NADI dalam menjayakan program ini. Semoga terus maju jaya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: