Kelas Kesedaran Esukan – Pecutan NADI Merdeka – Modul 1 -3

9 September 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 08 September 2025, Isnin, Kelas Kesedaran Esukan – Pecutan Nadi Merdeka Modul 1 sehingga 3 iaitu Asas Pengurusan Pertandingan Esukan,Asas Penciptaan Kandungan dalam Esukan dan juga Kesedaran Mengenai ESukan Fakta,Mitos dan Masa Depan telah diadakan secara atas talian yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 4:30 petang. Program tersebut telah dihadiri oleh dua orang peserta dan dijalankan oleh pihak NADI Esukan sendiri.

Perisian program ini adalah bagi mendedahkan kepada peserta tentang garis panduan di dalam permainan atas talian. Peserta mempelajari Esukan bukan hanya lah sebuah permainan sahaja namun ia nya adalah satu kerjaya dan menjaga kelakuan dan etika dalam permainan atas talian. Selain itu juga, peserta juga diberi pendedahan tentang karier mengadakan pertandingan E-Sukan dari segi pengurusan kewangan dan tender pengajuran E-Sukan.

Semoga komuniti dapat mengadaptasikan pelajaran ini dalam kehidupan dalam mengerja kerjaya digital dan Esukan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali