Kelas NADI Mahir Pertanian Pintar Minggu 17
29 Mei 2025 | Aktiviti TerkiniPada 28 Mei 2025 (Rabu), Kelas NADI Mahir Pertanian Pintar bagi Minggu ke 17 telah dijalankan secara atas talian yang bermula dari pukul 9:30 pagi sehingga 10:30 pagi. Program tersebut telah dihadiri oleh tiga orang peserta. Kelas ini dijalankan oleh pihak NADI Mahir Pertanian Pintar sendiri.
Pada minggu ke 17, peserta NADI Mahir Pertanian Pintar telah diajar mengenai pemasangan Smart Watering Device dan semaian benih terung serta pendebungaan. Smart Watering Device ini membantu untuk menyiram tanaman secara automatik mengikut keperluan air tanah. Semaian benih terung ialah langkah awal menanam dengan memastikan benih bercambah dalam keadaan sesuai. Pendebungaan pula penting untuk memastikan buah terung terbentuk, sama ada secara semula jadi atau manual.
Program ini sangat bermanfaat kepada komuniti yang sememangnya berminat dengan pertanian berteknologi bagi memudahkan penanaman sayuran dengan terancang. Semoga semua peserta dapat mengadaptasikan pelajaran yang disampaikan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: