Kelas NADI Mahir Jahit Minggu 15

1 Jun 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 31 Mei 2025, Sabtu, Kelas NADI Mahir Jahit bagi Minggu ke 15 telah diadakan secara atas talian yang bermula dari pukul 2:30 petang sehingga 4:30 petang. Program tersebut telah dihadiri oleh seorang peserta dan dijalankan oleh pihak NADI Mahir sendiri.

Pada minggu ke 15, modul yang telah diajar kepada semua peserta Mahir Jahit ialah cara-cara untuk memotong dan menjahit kain susun tepi. Pola kain susun tepi telah disediakan dan para peserta hanya perlu mengikut contoh yang telah diberikan sahaja. Selepas selesai melukis pola tersebut, para peserta perlu memotong kain mengikut pola dan menjahit mengikut contoh video yang telah diberikan. Semoga dengan adanya program ini mendapat sambutan yang baik dari komuniti untuk mempelajari ilmu sepanjang hayat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali