Nadi Cybersecurity –Siri Cyber Hygiene:Asas Keselamatan Siber 22.01.2026
23 Januari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 22 Januari 2026, Khamis, komuniti dari Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang menyertai Taklimat NADI Cybersecurity –Siri Cyber Hygiene iaitu Asas Keselamatan Siber yang bermula dari pukul 3 petang sehingga 4:30 petang di platform Google Meet sebagai medium webinar.
Tujuan webinar ini adalah supaya peserta dapat mempelajari tutorial langkah demi langkah menyemak aplikasi telefon dan cara mengenalpasti Wi-Fi berbahaya dan melindungi peranti anda.
Diharapkan dengan adanya webinar cybersecurity ini dapat memperkasa keselamatan siber dan melindungi generasi digital seiring dengan dunia digital yang semakin berkembang pesat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: